in

Bakar

*ini adalah cerita rekaan semata mata*

Nama aku adam. Aku tinggal di Gua Musang, Kelantan. Aku ada seorang rakan yang sangat rapat dengan aku, Hakimi.

Satu hari ni aku ada borak dengan kimi, macam borak kosongla jugak. “Adam, kau nak tau tak pasal keluarga aku?”, dia menyoal. Aku pun layankan dan angguk je.”Cuma aku nak kau janji jangan bagitau orang lain,termasuk keluarga kau. JANJI TAU?,” katanya dengan muka serius. Pelik. Kimi tak pernah serius macam ni. Aku menyedapkan hati, mungkin apa yang kimi nak bagitau aku ni penting untuk keluarganya.

“Janji,” kataku ringkas. Kimi mula membuka mulut,”sebenarnya, keluarga aku ada saka “. Apa yang keluar dari mulut kimi buat aku   tercengang. Dah 14 tahun kiteorang kawan. Baru hari ini aku tahu ‘rahsia’ keluarga dia.

Suasana menjadi sepi dan sunyi. Aku tak tau nak bagi respon apa dekat kimi. Setelah berapa ketika, Kimi mula menukar topik. Aku lega. Kemudian, aku meminta izin untuk pulang kerana waktu sudah pukul 6:30 petang.

Keesokan harinya, aku bangun dari tidur dan segera menunaikan solat subuh. Hari ni rasa lain macam. Biasanya mak akan kejut aku bangun subuh, tapi harini tiada raungan dan teriakan mak menyuruh aku bangun dari katil. Semuanya sunyi. Aku pun abaikan. Mungkin ibu bangun lewat.

Selesai solat subuh, aku keluar bilik dan pergi ke bilik ibu. Kosong. Aku pergi ke dapur dan melihat mak sedang mengadun tepung. “Mak, kenapa mak tak kejut adam bangun subuh?”, kataku. Mak membalas,”mak terbangun lambat tadi. Tak tau la macam mana jam loceng tu boleh rosak. Tu yang kelam kabut buat sarapan ni.”

“Adam, boleh mintak tolong tak?”,”tolong apa?”, balasku. “Tolong mak belikan gula. Mak nak buat air teh. Gula habis.”katanya. Aku mengangguk lalu mengambil duit yang mak letak di atas meja makan.

Masa dalam perjalanan, aku terjumpa seorang budak lelaki sedang melihat ke arah sebuah rumah. Rumah yang amat aku kenal. Budak itu memandang ke rumah kimi.

“Adik, kenapa adik kat sini pagi-pagi buta ni?”tanyaku. Budak tu balas,”abang, kawan abang yang duduk dekat rumah nama dia apa,eh?”. Aku pun jawab ringkas,”Hakimi, kenapa adik nak tau?”. Adik tu buat senyuman pelik dan balas,”sebab nenek dia cakap saya ni milik dia,”. Budak tu kemudian berjalan pergi dari situ. Meninggalkan aku yang kebingungan. “Gila budak ni,”kataku dalam hati. Aku pun meneruskan perjalanan ke kedai untuk membeli gula.

Aku tiba di rumah dan terus menuju ke dapur. Mak masih di dapur. Aku berikan gula kepadanya dan meluru ke bilik. Aku mengambil komik yang baru dibeli beberapa hari lepas dan membacanya di atas katil. Mata aku mula berat dan aku tertidur.

Aku dikejutkan oleh bunyi bising warga kampung dan trak bomba. Aku bangun dari katil dan terbau asap yang amat kuat. Aku keluar dari bilik dan melihat ke luar pintu. Ada kepulan asap dari rumah kawan baikku, Kimi. Aku terkejut dan berlari menuju ke rumah Kimi.

Mak dan ayahku sudah ada di sana. Mak berkata,”Adam, Kimi! Kimi ada lagi dalam rumah tu!” Sambil menunjuk ke ke rumah Kimi yang masih sedang marak terbakar. Aku melihat rumah itu dan menangis melihat ke dalam tingkap rumah tersebut. Kimi sedang dijilat api yang marak. Warga kampung dan bomba sedang berusaha bersungguh-sungguh memadamkan api tersebut.

Tiba-tiba, aku melihat lagi satu susuk tubuh badan di dalam rumah itu. Aku seperti pernah melihat tubuh itu di satu tempat. Aku cuba untuk ingat tubuh itu. “Budak tu,” kataku. Tangisan aku semakin mencurah-curah. Bukan tangisan kerana rakannya yang bakal mati, tapi tangisan ketakutan yang amat sangat. Baru aku, tahu apa maksud ‘budak’ tu. Dia mahukan kawan baik aku, Kimi.

`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

(Al-Jinn 72:6)

Perkongsian daripada Adam.

What do you think?

Written by nikkun

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pontianak Pendek (Budak)

Pesanan Makanan Dari Rumah Tinggal