in

Ayat Ruqyah

Assalamualaikum dan selamat hari raya (tak terlambat lagi rasanya hehehe). So nama aku Mr Key bukan nama sebenar. Cerita ini tak de la seram mana cuma nak berikan pengajaran dekat semua supaya jangan dibuat main ayat-ayat ruqyah atau ayat-ayat yang digunakan oleh pakar perubatan Islam untuk merawat pesakit dirasuk atau histeria.

Jadi cerita pertama ni terjadi pada tahun 2018 di mana masa tu aku melawat seorang ahli keluarga di Dungun Terengganu yang sakit kronik. Jadi bila dah masuk waktu zohor aku pon menunaikan solat zohor dan jamak asar. Sebelum itu aku nak bagitahu sepanjang aku melawat orang sakit ni aku rasakan ada yang tidak kena dengan keadaan rumah dia.

Berbalik kepada cerita aku, ketika rakaat pertama solat zohor aku cuba baca sepotong ayat ruqyah selepas selesai membaca surah alfatihah dan bila aku membaca ayat tersebut aku diserang dengan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dan aku dapat rasakan denyutan di kepala aku namun pada awalnya aku tidak la begitu ambil kisah namun aku rasa tidak berpuas hati jadi aku baca sekali lagi ayat rukyah ketika rakaat pertama solat asar dan benda yang sama berlaku.

Ketika dalam perjalanan pulang aku menceritakan kepada nenek dan atok aku dan diorang diam sahaja kerana terkejut. Cerita kedua adalah di mana kesilapan aku sendiri yang membaca ayat ruqyah sambil meletakkan tangan di atas kepala adik aku dan selang beberapa saat selepas itu tangan yang aku gunakan tadi berasa sangat sakit seperti kulit disiat-siat. Pengajarannya jangan la buat main-main ayat ini. Terima kasih.

Perkongsian daripada Mr. Key.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Cuti Semester

Bunyi