in

Asyik pengsan [Part1]

Assalamualaikum,dan ini kisah kami di asrama. Sekolah kitaorang ni boleh lah dikatakan lama. Tapi tak lah buruk sangat.tapi ada lagi lah bangunan lama tu. Serius saya tahu korang tak tanya tapi takpe sebab saya nk cerita . Eh banyak iklan plk. Ok camgini cerita dia saya baru form 2. Walaupun baru budak budak sini banyak gosip-gosip. Tapi saya tk terlibat sangat sebab saya tak bergaul dengan budak pemberi berita. Sekolah kitaorang ni sekolah cluster so banyak jgk lah orang minta masuk. Tapi alhamdulillah saya dapat kan. Walaupun result UPSR tak seberapa 3A 3B sahaja. Tu pon nasib baik yang A nya bahasa Inggeris dan sains lagipun saya masa darjah 3 lagi sudah berada dalam kelas DLP .berbalik kepada cerita tadi,alkisah nya begini kejadian rasuk merasuk gila menggila ni memang perkara biasa dalam asrama bukan?jadi disini saya nk menceritakan tentang kisah yg terjadi di asrama kami. Kejadian ni berlaku pada awal bulan iaitu bulan satu. Tapi awal awal ni form 1 masih lagi dalam minggu orientasi . Tapi lama selepas beberapa minggu mereka masuk kejadian ni berlaku.jap nak pergi minum air ……..

      Time tu kami satu asrama ni baru habis baca surah Al-mulk sebab itulah rutin harian kami sebelum masa tidur tapi ,ada jer senior senior yang belum tidur lagi. Yer lah diaorang boleh bawa telefon ke asrama ini adalah tujuan untuk belajar kata warden. Tapi…..habes diaorang ingat kitaorang ni tak perlu gunakan telefon Ker nk belajar!!. Haih macam tak jadi cerita seram pulak. Ok sambung kebanyakan dari kitaorang yg kat asrama ni lapar malam malam . Yer lah kalau ada makanan pon kitaorang kene pergi kat tempat makan untuk amik makanan leceh lah sebab tempat tu jauh pastu kene pakai baju kurung pastu ada jugak yang nk cover ayu. Sebab ada aspura punya pasal . Jadi kitaorang pon order lah makanan luar . Takper cikgu tk thu.sebab cikgu kat rumah kalau ada warden pon yg lelaki tapi cikgu tu punyalah malas nk keluar dari rumah dia tu walaupun dekat nk mampos dengan aspuri ni. Malas nk check.

Jadi senior kitaorang ni pon selalu lah order makanan dari luar . Jadi time tu aku dorm tingkat atas nama dorm,dorm Zainab dorm ni paling luas. Time tu memang ada lah beberapa senior kitaorang yg tinggal dalam dorm ni.diaorang ni memang gila-gila sikit.jadi lepas baca Al-mulk tu diorang ni masih lagi gila sambil makan tapi dalam kalangan diaorang ni memang ada yg lemah . Mula-mula aku memang tak thu apa-apa.sebab masa tu aku nampak camtu jer budak-budak form 1 time tu pon ada yg dah tidur jadi, time tu aku nampak diaorang ni lepas habis makan diaorang pergi basuh tangan lah. Aku ni jenis yg tidur lewat sikit so aku perhati jelah gelagak akak akak gila ni. Pastu bila diaorang balik dari tandas tu masih menggila lagi. Tapi ada seorang senior ni dia lain macam . Ni senior yg lemah tu. Dia balik jer dari tandas terus duk bawah selimut yg lain pon pelik lah ,time tu pukul 12 malam dan boleh dikatakan 79% orang dalam dorm tu dah tido sampai ke bulan.

Ya saya pasti. Akak tu duk menggigil dalam selimut tu sambil kata”aku tak nampak aku tak nampak” dia ulang benda sama jer. Ada yg baru nk tertidur terbangun balik . Kawan akak tu cuba tenang kan dia tapi duk cakap benda sama jer . Bila kawan akak tu bukak selimut tu baru nampak macam mana takut nya akak tu dia menggigil sambil menangis teresak-esak.saya yg terbaring atas katil ni pun terkejut terus duduk. Tiba tiba akak tu pengsan . Saya dalam hati ‘ni apa main pengsan pengsan pulak ni’ yer lah. Buat orang upset jer. Lama lah jgk akak tu pengsan macam 6 minit macam tu . senior yg lain ada jgk telefon ustaz iaitu warden kitaorang tapi dia kata dia tak leh datang . Kitaorang macam ‘lawak apakah ini’ . Tiba-tiba akak tadi bangun dia menjeling kearah kitaorang satu persatu naik bulu roma.pastu dia pon pengsan balik

 are you serious???? Tak lama tu dia pon bangun pulak dia menjerit mengilai pulak kali ni nasib baik takde budak form 1 yang terbangun kalau tak , malam tu jgk nk keluar asrama senior pon cepat-cepat panggil makguard . Makguard pon cepat cepat call cikgu . Tapi cikgu lelaki lah jadi dengan payah nye senior tu nak pakai kan tudung kat akak tu tapi tak leh jugak .akak yang kena rasuk tu duk jegil jer kat dinding belakang makguard tu . sambil dia gelak . Masa tu kitaorang ni memang dah buat bulatan lah baca yasin ramai ramai.tapi sikit pon tak terjejas.Ada sekali akak tu jeling kat kitaorang sambil kata “kau ingat kau boleh halau aku hihihihihi aku ada banyak ” sambil tengok kat luar tingkap masa tu memang meremang gila.Cikgu time tu dah sampai ,dia suruh kawan akak tu tutup badan akak tu sambil akak tu duk menjerit cam orang gila pastu cikgu tu pon duk pukul pukul belakang akak tu saya pon tak tahu kenapa cikgu duk pukul pukul sambil panggil nama akak tu . Cikgu pukul sekitar belakang badan akak sampai cikgu pukul kat satu tempat ni baru dia rasa sakit cikgu pun pukul pukul lagi kat situ sampai dia pengsan……..

Perkongsian daripada Indah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Di Hutan Beruas Perak

Aku Boleh Nampak Part 2