in

Asramaku Berhantu

Hai semua, aku adalah pelajar kemahiran yang tinggal di asrama selama 2 Tahun, nak dijadikan cerita Kolej aku ni agak keras sedikit(seram).

Selama aku berada di kolej, aku sering terdengar kisah-kisah yang menyeramkan
daripada senior. Pada mulanya aku buat tak kisah pun perkara ini dah biasa dengar.

Kolej aku ini dia ada 4 blok, 3 blok lelaki, 1 perempuan, masing-masing setiap blok 3 tingkat. Aku tinggal di blok kedua(2). Nak dijadikan cerita pada hari kejadian pertama selama 2 tahun aku tinggal disini, ada seorang budak kerasukan sebelum magrib, blok sebelah tetapi budak yang kena rasuk itu budak blok aku dia mahu ke bilik kawannya. Kedengaran jeritan yang sangat kuat hingga blok perempuan. Biasa la blok sebelah memang agak bising sebelum magrib. Selepas aku keluar bilik, aku tengok ramai yang keluar berlari-lari keluar. Aku apa lagi ikut sekali la nak tahu juga apa yang berlaku. Aku tanya budak sebelah aku apa yang berlaku, dia cakap ada budak kerasukan terus hilang. Masa tu aku agak risau la juga kut-kut jadi perkara yang tidak diingini. Selepas kami semua mencari budak yang hilang itu, ambik masa 30minit juga akhirnya jumpa dia lari belakang blok aku. Aku pun cari la sekali. Selepas itu dia pun hilang lagi, aku tak cam muka budak itu sebab agak gelap masa itu. Aku tunggu di depan blok sambil itu aku minum watercooler untuk hilang rasa letih. Aku pun bergerak kedepan sedikit, budak itu lalu di sebelah aku dengan muka marah, aku tak tahu siapa yang lalu tadi. Selepas itu ada budak sorang lagi cakap kena tak tangkap budak tu aku pun terperanjat, time tu aku terus panggil budak yang lain tangkap dia, datang la ustaz baca surah dia pun dah okey.

Nak dijadikan cerita setelah dia sedar, dia dia hendak pergi ajak kawannya kesurau untuk solat magrib. Bilik kawannya aras 3 aras 1 berkunci, ada kes aku pun tak tahu dengar cita ada budak gantung diri tak tahu la betul ker tidak. Sebelum dia hendak naik ke aras 2, dia terdengar ada orang yang panggil dia. Dia pun turun tangga sebelum aras 2. Dia lihat disana tiada orang, diapun teruskan perjalanan naik ke aras 3. Sebelum naik, ada yang memanggilnya. Sekali lagi dia terus toleh kebelakang dan tak sedarkan diri.

Perkongsian Daripada Hafiz.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Seram Ku Semasa Kecil

Pocong Face To Face