in

Asrama

Hai nama aku Lin. Aku ni dulu pernah duduk asrama. kejadian ini berlaku masa aku di tingkatan 3. Asrama aku terletak ditingkat paling atas iaitu bilik no 9. Bilik tu ada dua pintu sebab asalnya dua bilik kemudian dibuka besar mnjadi satu bilik. Salah satu pintu bilik tu telah rosak, tidak dapat dikunci ataupun ditutup rapat dan ea nya sentiasa terbuka bila angin kuat. Pintu tu terletak dibahagian tempat tidur aku. Katil kami orang bertingkat dua dimana katil aku trletak di atas. Aku ni nak cakap berani pun tak juga. Aku ni jenis yang susah nak percaya benda tu.

Aku ada sorang kawan ni. Dia ni penakut gila. Dia masa tu f5. Pada malam tu dia bawa aku tidur satu katil dengan dia. Katil dia di tingkat bawah sebelah katil aku. Di hadapan katil dia ada senior kmi orang iaitu f6. mereka pun tidur berdua masa tu. Pendek kata masa tu katil kmi orang bertentangan. Mula2 kmi org bercerita kemudian entah knapa masa tu mngantuk gila walaupun jam masih awal lagi. Masa tu kami orang ambil keputusn untuk tido awal. Malam tu hujan lebat dimana ribut kuat dan kilat sambar menyambar. Aku terbangun dek kesejukkan kerana angin yg kuat dan pintu yg x henti2 pap pum menghempas sebab pintu kami org jenis pintu yang dua daun. Kawan sebelah aku juga trbangun.

“Lin, kau pergilh tutup pintu tu…seramlah” katanya. Masa tu memng masa balik kampung dimana hanya kmi berempat yg mnghuni bilik tersebut. Aku yg masih mamai mngosok2 mataku sambil perlahan2 bangun dri pembaringan. Masa tu tiba2 kilat menyambar dengan kuat dan aku dapat melihat dengan jelas kedua2 senior aku yg berada di depan katil kmi berdiri serentak. Masa tu dorang berdiri di sebelah kanan dan kiri katil mreka. Aku yang masih mamai tidak berfikir panjang lantas mnuju ke arah pintu dan mentup kembali pintu dan menghalang bawah pintu mnggunakan batu bata yg mmng sedia untuk pintu trsebut. Kemudian aku kembali ke tmpt tidur. Ada juga aku rsa pelik kenapa dua orang itu masih lagi berdiri di tepi katil. Akibat rsa mngantuk aku tidak mengendahkan mereka dan terus mnyambung tidur.

Keesokan harinya sewaktu minum petang kami orang berempat berbual rancak. Entah dari mana datangnya idea aku untuk menceritakan kejadian malam semalam. ” Wei korang lebat benar hujan semalam tapi nyenyak gak aku tidur” kataku. Salah seoran drpda senior f6 aku seolah2 trkejut “eh yeke hujan?..aku tak sedar pun” aku mengerutkan dahi “eleh kau jangan nak takut2 kn akulah “Senior aku mngelengkan kepalanya ” Sumpah wei aku x sedar pun hujan smalm kau sedar ke smlm tu Ati?” tnya senior aku tu pda kawn nya. Namun kwnnya mngelengkn kpala. aku berdehem masa tu aku dah rsa lain macm.

Aku menoleh ke arah kwn aku yg f5 “kau jgn nak bg tahu aku kau pun x sedar juga”. Kwn aku tu mngelengkan kplanya ” aku pun x tau yg smlm hujan”.. aarhh sudah jantung aku berdetak kencang siapa yg mnyuruh aku mnutup pintu semlm n siapa dua org yg aku nmpk sedang brdri smlm?. Aku tertwa sekejap masih coba untuk mnafikan fikirn aku yg kian brcelaru “korang ni main2 dengan aku eh.. x pyh lh aku x takut pun”. Mreka bertiga mngelengkn kpala sambil terus menrus mnafikan hal trsebut “sumpah wei kami orng mmng x sedar yg mlm tadi hujan!!”. Aku terkedu dan terdiam sejenak sambil brfikir siapa org2 yg brckp dn dilihat aku smlm?. Mulai dari hari itu aku sangat takut kalau ada kilat di waktu mlm. Aku trauma dengan kilat dan ribut pada waktu mlm sampai sekarng aku masih takut. Trima kasih.

Perkongsian daripada Lin.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dua Suara Ketika Mendengar Ayat Suci Al-Quran

Gangguan Di 7E