in

Asrama SMKSB

Sape tau SMKSB tu apa? Sekolah asrama dekat Alor Setar Kedah. Kira aku ni budak pandai jugak ler (padahal dapat masuk sebab PakCik aku). Masa aku 1st daftar masuk F1 tu excited lebih sebab aku dapat sume barang baru Ayah aku beli.. Nak pujuk ler tu aku dok asrama jauh2.
Dah siap daftar dorm aku g la mandi. Dorm aku tngkat 1. Asrama ada 2 blok 1 tingkat memanjang. Aku dpt dorm tngkt 1 hujung sekali sebelahan ngn stor sebelah stor tu tandas. Aku dpt katil bawah. Selamat lah sebab aku takut jatuh katil. Hehehe. Masa aku nak mandi tu dlm dorm xramai orang. Aku pun g la nk mandi. Tandas tu besar. Aku jejak je pintu utama sebelah kanan aku sederet bilik mandi sebelah kiri pulak tandas buang air cangkung duduk sume ada n tengah2 ada cermin sinki. Gelap suram. Aku masuk bilik mandi yg pertama. Masa masuk tu aku tgk mcm gelap je. Aku rasa macam xsedap hati so aku xjadi mndi aku tukar je baju. Masa tgh tukar baju zuppp nampak bayangan mcm orang masuk pintu toilet (sebab pintu bilik mandi aku masuk tu sebelah depan pintu utama tandas. ) Aku pun rasa macam selamat sikit sebab rasa macam ada orang. Aku berkira2 nak mandi tapi aku rasa pelik sebab orang yg masuk tu xde berbunyi apa pun. Aku pun terasa nak jenguk atas aku nampak ada tuala putih aku pun ingat orang tu nak mandi aku pun tunggu la lama sikit. Tp ada sesuatu aku teringat aku nak pastikan aku tengok balik atas tu aku tengok tuala tu ada kesan merah. Terus meremang roma aku pun apa lagi keluar la dengan berkemban masuk dorm. Dalam dorm ada beberapa orang je buat hal sendri. Aku pakai baju sambil mata melilau kat luar tengok ada x orang keluar dari toilet sebelah. Ada sorang budak dorm nak g toilet aku pun ikut pegi sekali sbb nk check betul ke atau aku halusinasi tadi. So aku pegi tengok xde orang tp ada sesuatu kat bilik mandi kedua tu. Bukan tuala tapi kain putih macam kain kapan warna lusuh. Aku apa lagi jerit la kat budak tadi cakap “oii g tandas bawah la!”. Aku baru perasan xde SATU pun cermin ada dalam toilet tu.

Senior aku Kak Ayu Form2 tidur tgkat atas katil dorm kami double decker. Aku xboleh blah ngn dia sebab dia suka pakai bedak sejuk dan suka sangat lepas rambut dianyg panjang tu… Panjang giler beb! Sampai lutut. Aku ingt balik rambut dia terasa gatal kulit kepala aku nih.. hehehe. Cuba bayangkan malam2 dia dok jengui kepala dia ngn rambut terurai masa korang tgh baring kat katil tu… Serammm. Hahaha.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gangguan Mimpi

Bayangan Hitam