in

Asrama 1

Hi, ni kisah seram aku di asrama. Masa tu aku tingkatan empat. memang menjadi hiburan waktu malam kami berkumpul ditengah bilik dalam 4-5 orang bercerita kisah hantu atau mistik.. Satu persatu cerita yang keluar daripada mulut kami.. Satu persatu juga yang beransur tidur.. Dan lebih kurang pukul 1 pagi tinggal lah aku bertiga dengah Adzril dan Imran masih rancak bercerita..

Sedang rancak bercerita, perut si Imran buat hal, dia nak memerut dalam kadar segera. Aku dan Adzril pun apa lagi, pergi lah teman. Kalau tak teman Si Imran berseorangan.. Ada yang melepas dalam bilik.. Seusai si Imran memerut, kami pun bertempiaran lari balik ke bilik.. tak ada lah jauh mana bilik tu.. ada lah dlm 3-4 meter daripada tandas.. Saje je berlari, biasa lah budak-budak lagi masa tu.. Tapi salute juga lah aku pada si Adzril, badan besar pun boleh saing-saing je berlari dengan aku dan si Imran yang keding ni.. hahaha

Sampai-sampai di bilik, kami masih berkumpul bertiga ditengah bilik.. memandangkan tengah-tengah bilik masih kosong, kami angkat lah tilam kami ke lantai.. best weh kalau tidur atas lantai ramai-ramai.. Sambil-sambil pillow talk tu, kami memang baring melintang ke arah tingkap bilik kami.. oh ya, kami hanya ditingkat ground floor, tak payah penat nak naik-naik tangga.. dan belakang bilik kami tu ada jalan mati, which is koridor dia tu macam ke penghujung asrama..

Sedang rancak-rancak kami bercerita kami ternampak satu bayang-bayang di sebalik cermin tingkap yang kami mengadap tu.. aku yang si mulut celupar ni pergi tegur.. “Siapa tu?” Aduh mak aii, lancang betul mulut aku masa tu pergi tegur.. Siap nak meninjau semula dari dalam siapa yang menjenguk kami tu.. Jenguk punya jenguk aku tak nampak sesiapa pun, lain macam pulak rasa, si Adzril tarik aku ke tilam di lantai.. “Dah-dah, tak ada apa tu, jom tidur”.. Aku dengan si Imran masih tak puas hati, kami berdua pergi lah belakang bilik tu untuk kepastian siapa yang tinjau kami tu.

Sesampai kami di belakang blok, memang gelap gelita tiada sesiapa kat belakang tu.. dah pukul 2-3 pagi kot.. kau aspect siapa nak main tinjau-tinjau tepi tingkap.. takkan lah warden aku rajin sangat tinjau-tinjau dan menyorok tak nak anak murid nampak dia.. hahaha. Bila dah tak orang dekat belakang tu, aku dan Imran berpandangan sesama sendiri sambil jongkit bahu.. “Dah lah weh, jom masuk bilik, kosong aje ni”.. maka kami pun balik ke bilik..

Sesampai kami di pintu balik, Adzril pulak yang hilang, selak selimut pun kosong je.. Kalau ada mesti tak payah selak selimut dah nampak badan dia yang berisi tu.. Tiba-tiba Aku dan Imran terdengar suara orang menjerit.. Apa yang dia jerit aku pun tak tahu.. yang aku dapat tangkap, “hantu.. hantu.. tolong”. cari punya cari suara tu datang daripada tandas.. rupa-rupanya si Adzril sakit perut.. lepas si Imran, si Adzril pulak punya turn.. hahaha

Oh berbalik semula kepada si Adzril yang terjerit tu, makanya aku dengan si Imran ni berlari lah pergi tandas semula.. nasib baik lah ada si Imran ni, kalau tak memang aku selubung balik dalam selimut buat keras je.. biar si Adzril jerit dalam tandas tu..hahaha

Sesampai kami di tandas si Adzril dah macam terkaku dekat tepi pintu tandas dengan tak pakai seluar.. entah cebok entah tidak aku tak tahu.. hahaha.. Aku dengan si Imran suruh dia masuk tandas semula dah teruskan apa yang patut.. mula-mula si Adzrin tolak sebab dah takut sangat.. lepas beberapa ketika dia masuk balik tandas atas dasar seruan perut lagi menakutkan.. ada yang tercicir atas tilam pulak nanti.. tapi dengan syarat pintu tandas tak di tutup.. hahaha Adzril.. Adzril.. macam-macam.. Aku dengan si Imran pun tunggu lah depan tandas tu dengan pintu terbuka.. tak senonoh.. haha

Sesudah hajat si Adzril selesai, kami balik kebilik.. tanpa banyak cakap kami terus ke tilam masing-masing tarik selimut.. yang tak bestnya, tilam aku hujung sekali.. seriau aku bila fikir balik apa yang jadi.. takkan aku nak paksa si Adzril tidur hujung..haha ada terberak lagi dia nanti.. makanya kami pun tidur dalam ketakutan malam tu.. Keesokan harinya, aku dan si Adzril demam.. mungkin sebab terkejut pasal malam tadi.. so, kami pun pergi klinik sama-sama untuk ambik MC.. dalam van sekolah on the way ke Klinik barulah Adzril bercerita pasal apa yang jadi malam tadi..

Semasa kami ke belakang blok untuk lihat siapa yang meninjau, rupa-rupanya Adzril mengekor daripada belakang.. tapi halfway tu dia terasa nak membuang, dia pun singgah tandas.. tengah sedap-sedap melayan perasaan membuang isi perut tiba-tiba si Adzril nampak bayang-bayang dilantai ada yang meninjau daripada atas.. tapi dia tak berani mendongak.. dia berani menjerit je.. itu pun menjerit sambil tutup mata.. Sampai lah aku dengan Imran sampai depan pintu tandas.. baru lah dia buka mata dengan seluar yang masih terbuka.. nasib baiklah ada lebihan kulit yang masih dapat menutup apa yang perlu..

Ok sampai disini je cerita aku.. harap terhibur..

Perkongsian daripada Fikri Saminan.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Yang Azan Tadi?

Kau Nampak Apa Aq Nampak X?