in

Asap

Kisah ini sudah lama berlaku. Saya bekerja di sebuah hotel sebagai pelayan restoran. Waktu tu saya bersama rakan saya bekerja shift malam (11pm-7am). Kami bertiga captain kami, saya dan seorang lagi rakan saya.
Setelah kami menyiapkan kerja, kami bertiga berkumpul di restoran hotel, masa tu restoran sudah tutup tapi room service 24 jam jadi kami standby kalau-kalau ada order dari bilik. Sementara kami berkumpul, captain saya bercerita tentang pengalaman mistik dia, seronok kami mendengar jam sudah pukul 3 pagi. Setelah itu, captain menyuruh saya dan rakan saya buat rounding floor sebab biasanya piring atau tray makanan akan di letakkan di luar koridor bilik kalau penghuni sudah selesai makan. Jadi saya dan rakan mula buat rounding di setiap tingkat. Biasanya kami berbahagi tingkat tapi malam tu selepas cerita yang seram-seram, takut pula. Jadi kami rounding berdua. Kami berjalan pelahan-lahan tiba-tiba sampai di tingkat 4, saya terdengar bunyi aneh dari 1 bilik. Saya cuba untuk mendengar bunyi tu. Bunyi macam cakaran di pintu kayu, saya merapatkan badan pada pintu bilik tersebut sambil mata melihat lantai carpet. Tiba-tiba saya melihat asap tebal keluar dari bilik tersebut. Saya terkaku sambil saya melihat kawan saya yang memang berada kira-kira 2 meter di belakang saya. Dia juga kaku bola matanya besar dan sedang melihat saya seperti dia ada ternampak sesuatu. Saya kembali melihat lantai, asap masih lagi jelas ternampak. Tanpa fikir panjang, kami berlari menuju ground floor mengunakan tangga kecemasan masa tu tidak fikir lagi pasal lif sebab sudah kelang-kabut. Saya terjatuh di tangga tapi cepat-cepat bangun, rasa sakit pun tidak terasa sebab takut sngat. Sampai di ground floor, saya tanya kawan saya apa yang dia nampak. Dia kata dia nampak asap tebal dan seorang budak perempuan betul-betrul di depan saya. Saya pun terkejut, saya pun cakap saya nampak asap tebal tapi tak nampak ada budak pula. Katanya budak tu mukanya pucat dan ada kesan darah di muka. Kami pun berbincang sebab semua piring dan tray kami tinggalkan di tingkat 4 dalam troli sebab memang masa naik kami akan bawa troli. Troli tu betul-betul depan bilik tu. Kami sudah takut mahu naik balik, lagipun ada 8 tingkat lagi yang kami belum rounding, kami masing-masing takut. Kami jumpa captain kami, kami minta tolong dan ceritakan apa yang kami alami tapi captain kami kata kita mesti ambil juga troli tu sebab kalau tunggu sampai pagi troli masih di koridor guest nampak mesti ada complain. Jadi kami bertiga naik ketingkat 4 dan bawa troli tu turun dan malam tu kami tak sambung rounding baki floor yang tertinggal. Pagi-pagi sebelum balik baru kami sambung rounding. Sampai sekarang saya masih ingat kejadian tu, mahu cakap asap rokok tak bau rokok. Kalau pun rokok takkan la asap tebal. Masa tu vape belum popular lagi okay tapi yang buat saya seram waktu saya nampak kawan saya, matanya betul-betul terbuka besar jelas bola matanya sambil kaku rupanya dia nampak budak perempuan di depan saya. Saya pula tengk lantai saja masa tu, seram oooo nampak asap tebal keluar dari celah bawah pintu bilik.

Perkongsian Daripada Amiruddin.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Babu Ranek / Nenek Ranik

Hotel Bajet