in ,

Arwah Pulang Kampung

Waktu malam tu semua orang rumah sudah tidur, memang la semua tidur sebab itu sudah larut malam. Tapi saya masih bangun sebab main game lagi dan itu pertama kalinya saya tidur di bilik mama saya.

😂

(Bertukar bilik dengan mama untuk satu malam ja)

Saya main game pakai earphones sambil dengar lagu (full volume) dan memang nda akan dengar bunyi lain sebab pakai earphones full volume.

Jam 1

Mula la rasa aneh. Tiba-tiba datang perasaan lain macam pula. Dan waktu tu la dengar suara perempuan menangis di depan pintu rumah (pintu utama). Dan suara menangis tu tembus earphone sedangkan earphone tu full volume. Tapi saya belum rasa takut lagi sebab dekat kampung kami ni ada perempuan yang selalu mabuk lepastu selalu menangis tanpa sebab. So masih rasa ok lagi. Tapi bila saya buka earphone sebab nak pastikan itu perempuan yang pemabuk. Suara menangis tu tak sama dengan perempuan pemabuk tu pula. Dan mula la rasa seram datang. Tiba-tiba terfikir pula…

👻

Benda-benda ni. Tapi saya kuat kan iman dan dengar betul-betul suara perempuan tu menangis, dan cara perempuan menangis tu macam ada maksud pula. Tiba-tiba teringat la cakap aunty saya “Kalau dengar sesuatu yg aneh-aneh macam tu, kita perlu mendoakan orang itu kerana mereka memerlukan doa-doa agar mereka tenang di alam mereka” Bila ingat pesan aunty baru la sya mula berdoa tapi bila sya mula berdoa tu suara perempuan menangis tu berjalan keluar kawasan rumah kami. Entah kenapa saya boleh rasakn suara berasal dari mana. Oh ya bila saya berdoa tu semua doa yang keluar dari mulut tak tersusun langsung. Saya berabis berdoa Bapa Kami dan Salam Maria tapi semua doa tu tunggang terbalik pula. Dan tiba-tiba suara menangis tu hilang macam tu ja. Tapi selepas beberapa saat ja, tu suara menangis sudah pindah tempat. Suara tu muncul di dekat bilik pula. Tapi saya tak buka mata langsung sebab terlampau takut sudah. Saya berdoa saja walaupun doa saya tu semua salah. Dan waktu tu la saya ingat abang-abang saya cakap “Kalau hantu selalu berbeza. Contohnya kalau bunyi dia dekat sama kita bermaksud dia sebenarnya jauh dari kita tapi kalau bunyi dia rasa jauh bermaksud dia ada dekat dengan kita “Selepas saya jadi batu buat seketika. Itu suara menangis limpas rumah kami menuju ke kawasan rumah lain. Di sana la saya mula atur nafas dan berdoa dengan betul.

😂

Keesokan Paginya…

Saya kasi cerita la sama mama saya lepastu jalan pergi tempat rumah aunty saya (dekat ja rumah aunty saya). Saya kasi cerita lagi sma aunty saya dan aunty saya cakap dia pun ada dengar macam tu waktu malam-malam. Lepas cerita punya cerita baru la datang tu perempuan pemabuk hantar berita yang ada orang meninggal baru semalam. Lepas saya dengar tu cerita dia, saya balik jumpa mama saya mau menyampaikn berita (Tapi mama saya sudah tau). Mama saya cakap yang meninggal tu perempuan, dia asal kampung tapi sudah bertahun-tahun nda balik kampung jadi yang menangis tu perempuan yang meninggal. Orang cakap dia cari jalan pulang sebab dia memang sudah lama nda balik kampung (Sebab kerja bandar). Jadi mungkin dia menangis cari rumah ibubapa dia.

Sorry semua kalau kamu tidak faham bahasa saya sebab saya orang Sabah. Bahasa kita tidak sama.

😁

Perkongsian daripada Selvenia.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hampir Hilang

Penampakan Hantu Di Bustop Tepi Jalan