in

Arif 1

Hi, aku Fareez harini aku nak ceritakan pengalaman aku dengan adik saudara aku Arif.

Okay, adik saudara aku ni, dia boleh melihat benda-benda halus. Cerita die bermula masa du rumah arwah nenek kami. Di rumah nenek kami ada sebuah kawasan lapang yang sangat luas, nenek pernah larang kami bermain di situ kerana di percayai ada perkampungan bunian tapi Arif ni dia degil dia tetap bermain di situ. Start hari tu banyak kisah-kisah mistik berlaku pada kami sekeluarga.

Okay, kisah pertama aku di rumah nenek aku. Untuk pengetahuan korang rumah nenek aku ni ada 3 tingkat (baru lepas makeover) so kitorang semua balik kampung. Macam biasa aku akan tidur sebilik dengan Arif. Jadi satu malam tu saya dan Arif masuk ke bilik untuk tidur. Dalam pukul 1 pagi macam tu Arif mengejutkan saya die kata “Abang Fareez tolong buka tingkap, boleh?” katil kami betul-betul berhadapan dengan tingkap jadi saya pon tanya “kenape?” Die jawab kawan die nak masuk, saya pon pelik lah sebab bilik kami di tingkat 3, tepi tingkap tu pula tiada tempat untuk berdiri, paip pon memang takde kat situ. Aku masa tu dah meremang bulu roma, terus aku marah die. Aku kate “Eh kau ni Arif. Dah tido, kawan tak boleh masuk sebab nanti nenek marah.” Lepas aku kata macam tu dia terus tido.

Sekali lagi aku bangun dalam pukul 3 pagi untuk membuang air kecil, aku keluar dari bilik pergi ke bilik air. Sebelum sampai aku perlu melalui bilik ibu saudara (ibu Arif). Pintu bilik sedikit terbuka, aku pon intai, aku nampak Arif bersama dengan ibunya jadi untuk sedapkan hati, aku berfikir mungkin Arif marah pada aku. Aku pon terus ke bilik air dan kemudian balik semula ke bilik.

Keesokan paginya aku tanya Arif kenape keluar dari bilik, sebab aku marah ke? Aku pon mintak maaf pada die. Apa yang menakutkan, die kata “Mana ada aku tidur dengan abang semalam.” berderau darah aku bila dengar ucapan Arif. Siapa yang bercakap dengan saya malam tu?

Okay, itu sahaja kisah saya hari ini tunggu kisah seterusnya di “Arif 2”
Maaf kerana kisah ini tidak menyeramkan atau terlalu pendek. Terima Kasih.

Perkongsian dari Fareez.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

343

Rumah Sewa di Kawasan Lorong