in

Apa Yang Mengganggu Aku?

Assalamualaikum hai semua..cerita ini bukan rekaan ya. hehe. 100% pengalaman diri sendiri. Mak aku seorang ustazah yang baik orang nya sampai pada saat ini tiap kali namanya disebut pasti orang akan katakan yg baik² sahaja tentangnya.

Pada penghujung 2008 mak aku mula diganggu. Dia dan adik beradik berkumpul untuk bercerita soal harta pusaka tanpa ada terdetik pun masing masing untuk menuntut hak harta mereka. By the way nenek aku ada suami 2, selepas atuk kandung aku meninggal, nenek berkahwin lain dan mempunyai 6 anak hasil perkahwinan kedua. Mak aku hasil perkahwinan pertama mempunyai 9 beradik. Malam tu dia tidur terdengar satu suara yang sangat kuat bagaikan petir yg menjerit ditelinganya ” BABI!!!”..

Lusa nya dia kata badannya tiba² terasa panas. terkadang tiba² terasa sejuk, terkadang dia merasa badan nya seperti dicucuk cucuk. Badan mak aku mula lebam² tanpa tahu punca nya. Bila pergi hospital doktor cakap sihat sahaja tak ada penyakit. Ada masa masa mak aku mula meracau, ada satu saat dia tak tidur selama 3 bulan. Aku sebagai anak sulung memang sentiasa ada disisi mak aku sepanjang waktu.

Dia cakap ada seorang perempuan tua nak beri dia kotak hitam suruh dia terima. Tak lama tu kami sekeluarga bawa mak aku berubat. Kebanyakan pengamal perubatan mengatakan mak aku ni disihir & saka keturunan. Pada bulan jun 2012 mak aku pun menghembuskan nafasnya yg terakhir setelah bertahun hidup dalam kesakitan yg tanpa tahu dari mana datang nya.

Tahun 2018 aku kahwin & mengandungkan anak pertama. Sepanjang kehamilan aku mula terasa seperti sesuatu / seseorang cuba mendekati.. Aku mimpi ada seorang nenek tua bongok paras pinggang datang kepadaku. Dia berikan aku kotak untuk aku terima. Terus aku terbangun. Jam menunjukkan 2:28am perut aku mulai mengeras..

Malam esoknya aku mimpi didatangi satu makhluk berbulu tebal berbadan besar seperti gorilla tapi mata nya merah. Dia cuba membunuh anak dalam perut aku. Aku terbangun lagi jam menunjukkan 3:15am.. Siang esoknya perut aku jadi mengeras tiba² macam malam haritu. Tak lama tu aku terasa macam ada sesuatu keluar dari perutku. Bila aku ke tandas, aku tengok anak dalam perut ku (6bulan) (keguguran) .. Aku terus pergi ke hospital, uruskan diri aku dan pengebumian anak aku, bermula lah episod aku berpantang tanpa anak sulung.

Malam kedua aku berpantang datang nenek bongkok tua dalam mimpi aku “kau jangan pergi kemana-mana. nanti aku datang lagi” .. Aku terbangun lagi jam 3:10am. Aku basuh muka dan sambung tidur. Aku ibarat menyambung mimpi tadi. Nenek bongok tua tu datang tapi kalini dalam keadan wajah macam beratus tahun buruk ya amat giginya menyeringai tersenyim pandang tepat kearah aku!

Ada malam tengah tidur tiba² aku mimpi aku dibawa balik satu rumah lama. Rumah papan. Aku masih ingat suasana dalam rumah tu. Bila aku ceritakan pada kakak arwah mak aku, aku terkejut sebab dia cakap itu rumah lama diorang masa diorang kecik tapi rumah tu dah dirobohkan masa diorang sekolah menengah. Macam mana aku boleh tahu semua ni??  Lepas aku berubat, aku jadi pulih sekejap. tak ada lagi gangguan apa apa. tapi tiap kali aku pregnant mesti gugur. ini dah 4 kali ..

 Tahun lepas aku mula jadi makin advanced. Aku boleh berinteraksi dengan ‘benda’ tu dalam setiap mimpi aku . Ada satu malam aku mimpi aku duduk ditangga ada satu pontianak datang kepada aku sambil berkata “aku cari tuan. aku cari tuan” , waktu dalam mimpi tu aku pegang tangan pontianak tu sejuk! Memang sah dia dah mati. tapi Aku tak tahu dia ni mencari tuan baru atau dia tengah cari tuan dia. Aku macam biasa akan terjaga sekitar 2-4pagi.

Ada waktu aku tidur, aku mimpi pocong yg berbungkus masih ada kesan tanah dikain kapan berdiri tepat didepan sliding door rumah aku. “mana athirah..aku tunggu athirahhh” .. Aku terjaga dari tidur terus menangis minta ampun dengan suami aku, aku takut ajal aku tak lama lagi sebab ada yg menjemput dah.. laki aku tenangkan aku…

Ada satu hari pulak aku tengah duduk² tiba tiba aku menangis tanpa sebab. Aku ambil jarum peniti sambil toreh toreh tangan aku sambil menangis. Kebetulan adik aku masuk bilik dia terkejut terus panggil semua dekat rumah suruh tengok apa jadi dekat aku. Aku tak sedar apa aku buat!!

Petang tu juga semua bawak aku pergi berubat, Orang tu cakap yg ganggu aku ni ‘benda’ yg ganggu arwah mak aku dulu. Balik dari berubat dekat waktu maghrib. Sampai je rumah aku rasa belakang badan aku pedih pedih. Aku minta adik aku tengok, “banyaknya kesan cakar dekat badan kakak ni!!!” .. Aku terkejut sebab mustahil aku boleh toreh belakang badan aku lagipun tiba² je terasa pedih bila sampai rumah.. Aku berubat untuk tempoh 14hari. habis je tempoh pengubatan, Aku pun terasa macam semuanya kembali aman dan normal. tak ada sebarang gangguan lagi..

Aku silap!

Bulan 4 haritu aku mula didatangi balik nenek bongkok tua tu. Ada satu saat aku mimpi ada budak kecik datang dekat aku minta dukung minta susu. Dalam mimpi tu aku tolak sebab aku tahu ini benda tak elok. Aku sekarang macam boleh kawal pergerakan atau percakapan dalam mimpi aku ni. Terasa macam nyata bukan mimpi!! Bila aku mengadu dekat makcik² kandung aku, rupanya diorang pun diganggu benda yg sama. Sekarang aku tertanya² apa yang ganggu aku?? Saka atau sihir.

Perkongsian daripada Nur Athirah.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Yang Ketuk Pintu?

Kebun Puaka