in

Aliya (Part 1)

Hai Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Everything. Haha, gurau je. So, nama aku Mairaa (bukan nama sebenar). Cerita ni adalah kisah yang benar yang pernah terjadi kat aku sendiri. Family aku pun tak tahu pasal ni. So, jom! Move to the story!

So, macam ni, aku ni jenis ade kawan ghaib dari 2011 lagi. Sekarang aku dah umur 12 tahun. So, aku lahir 2008 lah, nak tahu macam mana aku boleh ade kawan ghaib ni? Aku ade kawan ghaib ni sebab aku ni dulu jenis yang senang bergaul, (sekarang je malu. huhu..) masa tu, aku dekat depan rumah lama aku, tengah main gali gali tanah. So lepastu, aku dengar suara tapak kaki mendekati aku dari arah kanan. Tup..tup..tup.. Makin dekat suara tu, makin aku hairan, sebab kat situ tak ramai sangat orang duduk. Then, aku pandang kanan, aku ingat kucing, rupa rupanya! Budak perempuan berbaju kotor je. Dia tanya aku “boleh saya main sekali?” suara dia sangatlah sayup.

Aku pun kata, boleh, jom lah! Waktu tu waktu maghrib. 7:15 macam tu, dia pun main sekali dengan aku. Sampai lah azan, baru aku naik rumah. Ibu aku panggil “Kakak..masuk kakak. Dah maghrib ni” Aku pun kata “Okay” Aku tanya ibu aku lagi “Ibu, boleh tak Aliya masuk jugak?” Ibu aku kata, “Aliya? Siapa Aliya?” Aku tunjuk sebelah kanan aku. Ibu aku kata “Takde orang pun..” Aku pun kata kat Aliya tu, “Aliya, jom masuk” Waktu aku nak masuk, Aliya tak boleh masuk, sebab rumah aku tu penuh dengan surah lazim dan surah Kursi. Aku pun kata kat Ibu aku, “Ibu, Aliya tertinggal kat luar” Ibu aku kata ”Mana ade orang kat luar tu.” Aku pun marah, Aliya pun marah.

Aku pun menangis sampai tertidur atas sofa. Aku pun tak sedar dah masa tu, Ibu Aku pun angkat aku masuk bilik. Aku pun terjaga dalam pukul 3:00 lagi lebih macam tu sebab aku terdengar suara Aliya menangis kat luar rumah aku. Suara dia kuat tapi sayup, faham tak? Pastu, aku tengok kat luar, Aliya tengah terbang sambil menangis. Eee, seram aku.
Bersambung…

Perkongsian Daripada Mairaa.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Yang Susun Kotak?

Simpang Empat Bukit Sekolah