in

Asrama Berhantu

Assalamualaikum bang Ekram dan kawan-kawan.

Hari ini saya nak menceritakan pengalaman saya di sebuah Institusi Kemahiran di sebuah negeri. Okey, saya ni budak baru dalam sesi B (batch baru la kan). So senior pun dah nasihatkan macam-macam, jangan buat benda yang pelik.. Pada setiap bulan para pelajar outing dibenarkan bermalam di rumah masing-masing atau rumah kawan. Namun saya ambil keputusan supaya tidak balik ke rumah dengan alasan saya nak duduk dengan kawan-kawan saya di asrama tersebut. Saya ingat, saya bersama roommate saya yang lain. Saya duduk sorang-sorang dalam bilik tersebut. So nak hilangkan rasa bosan, saya pergilah mana-mana tempat yang berdekatan. Saya ni suka menjelajah dan mencuba benda-benda yang baru. So nak jadikan cerita, saya keluar outing harian ni dalam pukul 7:30 petang macam tu. Selepas itu, saya balik ke asrama dan saya rasa macam penat sangat dengan perut yang lapar saya terus tidur tanpa makan pun. So saya terbangun pada jam 2:00 pagi. Saya terbangun Sebab saya terdengar bunyi hujan dan saya dengar macam ada orang cakar cermin sebelah katil saya. Dalam hati saya berfikir tu mungkin ranting-ranting pokok. So saya buka lampu dan kerana terlalu lapar saya terus cari makanan dalam locker saya. Apa saya dapat ialah biskut kering. Alhamdulillah isi jugak perut saya. Btw saya perasan ada orang yang tengah usha saya dari bawah katil.


Ya memang tekaan saya betul sebab saya tengok ada sepasang mata merah yang betul-betul tengok saya secara mendalam. Disebabkan saya ni ala ala berani. Saya cuba untuk baca ayat kursi dan ayat-ayat al Quran yg saya hafal. Bila saya nak tidur balik saya dengar azan dari surau berdekatan. Fuhh alhamdulillah. Lepas je solat saya tanya kawan-kawan saya yang berlainan dorm dengan saya. Saya tanya kalau diorang dengar atau tidak apa yang saya dengar semalam, diorang kata tidak dengar apa-apa pun, mungkin tu perasaan saya sahaja. So lepas je makan di dewan makan, saya jumpa beberapa cleaner saya tanya benda sama tapi diorang diam je sambil menjauh dari saya. Tiba-tiba ada seorang pakcik ni dia kata dia memang asal orang situ, so dia cerita la apa terjadi disana. 

Kisahnya bermula ada orang buat onar kat asrama kami dan memanggil benda-benda tu. Pakcik tu kata benda tu dah buang tapi ada yang tercicir atau ada orang tanam tangkal kat tengah-tengah asrama kami. So pakcik tu suruh saya amalkan surah-surah tertentu untuk pagar diri dari benda tu. Pagi tu dalam pukul 9:30 pagi, saya round satu asrama, malam tu saya nampak pak guard yang sedang merokok. Masa tu saya jalan-jalan bersama kawan saya. Saya tegur pak guard tu, kawan saya terkejut dan tanya saya siapa saya tegur masa tu. Saya pun kata nak tegur pak guard tu sambil tunjuk tapi dia kata mana ada pak guard malam-malam macam ni. Saya tengok balik pak guard takde dah yang ada hanya pokok mangga je. Saya pun hairan, malam tu dengan ego yang tinggi saya tak tido dengan kawan saya walaupun di ajak beberapa kali. Saya tetap berkeras nak tidur dalam bilik saya sorang-sorang.  Saya marah dan malu saya terus tido sampai lupa baca ayat pagar diri. Malam tu hujan lebat saya dengar macam org cakap-cakap bawah katil saya. Saya cuba dengar betul-betul, yaa… ada orang tengah bercakap.  Apa lagi saya lari masuk ke dorm sebelah. Saya cerita kat diorang tapi diorang sibuk layan game. Saya hanya mampu diam dan terus tidur dalam dorm diorang.  Alhamdulillah selepas je kisah seram saya tu, ada berita gembira buat saya sebab ada ustaz nak tolong hapuskan benda tu. Alhamdulillah sampai sekarang takde dah benda-benda macam tu berlaku pada kami kat asrama.

Perkongsian daripada Ermcy.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Di Sebelah?

Kisah Pukul 3 Pagi di Kampung