in

Aku Boleh Nampak

Aku ni seorang yang pandai melukis (bukan nak riak) jadi aku nak buat komik. Komik ni mengisahkan seorang perempuan yg boleh nampak benda halus..masa aku tengah cari idea pasal cerita ni aku terfikir macam mana rasanya boleh nampak Bende halus ni and aku berharap sangat dapat nampak diaorang ni. Rasa ingin tahu tu kuat sangat yerlah aku pon macam nak ada pengalaman lah pasal rasa boleh nampak bender ni.Jadi aku pon setiap hari berdoa kepada Allah S.W.T supaya dapat nampak benda ni aku pon tk tahu tapi rasa ingin tahu tu kuat sangat. Setiap hari aku berdoa..tapi tak dapat jugak setiap hari berharap bangun tidur ni dapat nampak benda ni..Sampai lah suatu hari aku bangun tidur seperti biasa,pergi tandas nk melepas dulu dan basuh muka.

Tapi masa nk melepas tu aku rasa macam ada orang tengok tapi tingkap kecik yang kat atas tu dah tutup dah jadi aku pon dengan rasa pelik nya cover lah sikit aku punya ehem ehem tu dengan baju ni. Habis melepas aku pon nak basuh muka sekali tutup mata rasa macam ada orang tengok jadi cepat cepat buka. Habis tu ambik wudhu nak solat subuh rasa segar sikit. Pergi solat subuh kejap solat pon jadi macam tak khusyuk sebab rasa macam ada benda ikut kat belakang. Dalam hati aku ni bukan takut tapi rasa macam “eh aku ni macam dalam filem munafik jer, ada orang rakam ker nak buat orang ker”habis solat tu masa bagi salam tu tak nampak pulak orang kat belakang yer lah aku tinggal sorang kan. Tapi mungkin ada pencuri kot yang nak jemaah sekali.

Dah beberapa hari berlalu aku rasa cam lain sejak dari hari tu aku rasa cam ada orang yang selalu perhati,teman aku, masa nak tukar baju ker bukak baju ker mesti rasa malu. Aku tak tahu kenapa tapi tetap aku berdoa supaya boleh nampak Bender tu . Hari seterusnya adalah hari yang tak boleh dilupakan aku. Seingat aku time tu aku bangun tidur dan nampak Bender tu depan mata mengucap banyak kali dah hati ni.muka dia sangat mengerikan aku tak nk tengok dan dia dari…..api? Apa yang aku tengok ni ya allah mimpi ker ni tapi aku punya lah try nak bercakap dengan dia sikit pun dia tak jawab. pekak kot.

Syaitan ni pekak kot, tapi yang tu aku tak heran sangat  yang aku takut nya aku terpaksa tengok dia dekat mana mana. Dah dekat 3 tahun aku tengok Bende ni tetap mengerikan lagi lagi bila aku nampak benda ni senyum. Ada sekali aku pergi kedai runcit, nampak satu kat belakang penjaga cashier yang dok tengah duk main fon tu tengah tersenyum senyum…aku tahu maksud dia tu . Aku pon cakap lah kat abang tu “tengok benda camtu dosa nanti hati hitam”terciduk abang cashier tu dia pon cepat cepat paling belakang, aku pon tak tahu kenapa mungkin dia ingat ada cermin kot kat belakang dia.Tapi tu perkara biasa..

Lepas aku keluar dari kedai tu aku nampak ada seorang lelaki tengah ikut belakang seorang budak perempuan mula mula aku ingat tu ayah dia tapi tak, bila aku nampak benda tu ada banyak kat sisi lelaki tu senyuman dia lain dari yang lain…Aku tak tahu tu maksud ape tapi hati aku tergerak jer nak ikut . Sedar sedar diaorang dah jauh aku pon lari ke arah diaorang . Tapi aku tengok dah hilang budak ngan laki tu dah Takder. Aku pon cepat lari cari diaorang pastu aku dengar suara menjerit dan cari arah budak tu .Sampai kat jalan yang gelap aku nampak diaorang,tu jalan mati ….dan budak tu dah….mati?

Ya Allah….apa yang aku tengok ni…lelaki tu tersenyum dan meletakkan jari nya di mulut anda diam kat aku seperti senyuman bende yang ngeri tu. Dia mengambil badan kaku budak perempuan tu dan berlalu tanpa endahkan aku yang tercengang kat situ…..tanpa aku sedar air mata aku jatuh….tudung yang aku pakai senget benget pon aku tak kesah dah….Tapi……apa ni….

Perkongsian daripada Indah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gangguan Di Hotel Z, Putatan.

Rasuk Satu Per Satu