in

Aku Boleh Nampak Part 3

Dah hampir seminggu aku biarkan Mia tinggal dengan aku. Katanya dia tak nk balik sebab kat rumah tu banyak benda yang selalu ikut dia. Tapi aku pun pelik jugak,dah benda tu ikut…takkanlah benda tu berhenti ikut bila dia duduk kat rumah aku ni. Aku pun biarkan sahaja sebab dia kata kat rumah dia takder sesiapa,lagipun aku pun duduk sorang-sorang…dengan kucing sekali. Dalam masa seminggu ni aku cuba cari ustaz untuk tolong rawat Mia. Dan semalam aku dah jumpa ustaz tu,lepas habis solat Jumaat.

Lepas cakap apa semua dekat ustaz tu,dia kata nanti dia cari kawan dia yg boleh ubatkan,dengan ayat ruqyah . Aku pun tak tahu lah time tu ustaz tu cakap apa iya kan jer. Tapi apa yang kelakarnya bila ustaz tu tengok Mia yg siap berselendang berbelit-belit tu dia tanya aku “yg ni dari luar negara Ker?” Sejujurnya aku nak ketawa, tapi tk keluar muka aku rilex jadi ustaz tu pun rilex jer. Mungkin sebab dia tengok Mia ni..mata warna kelabu kot. Terus aku cakap yg Mia ni dari Malaysia jer. Time tu aku tengok Mia tertunduk sambil tersenyum senyum jer, kena sampuk agak nya.

Pada malam tu,Mia kata dia tak sabar nak pergi berubat,dia punya tak sabar tu lain macam. Tapi aku tak tahu plk akan jadi macam ni… sepatutnya aku pergi jumpa ustaz tu sorang-sorang jer. Tak perlu ajak Mia. Aku tahu apa yang dia rasa..aku pun cuba cari ayat tu juga. Tapi tak sampai guna..

Keesokan harinya aku balik kerja lewat kira kira pukul 8.37 macam tu aku baru sampai kat rumah . Selalunya masa ni dia sambut aku balik. Masa tu aku tk sedap hati gila sebab aku terbau darah….bau yang aku paling benci. Aku pun cepat-cepat cari Mia cari dalam bilik pastu ke dapur. Kat situ aku jumpa dia. Badan berlumur darah..sambil memandang aku dia kata “sakit..”

Perkongsian daripada Indah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Kehilangan Seorang Anak Dara

Lembaga Hitam