in

Aku Boleh Nampak Part 2

“Kenapa, kenapa aku tak nak ,aku tak nak.Jangan lah kacau aku,aku penat.Tolonglah” Aku perhatikan sahaja dia. Dia penat dah tak mampu ,dah habes aku nak buat apa. Nak tolong macam mana lagi. Aku tahu aku tahu apa yang dia rasa . Tapi aku dah pasrah. Semua ni…bukan salah sesiapa. Tapi salah kita sendiri.Salah darah daging kita sendiri. Mia,tulah nama nya nama cantik orangnya pun cantik.Tapi tulah setiap kelebihan,pasti ada kekurangan.Mia ,dia macam aku dia boleh nampak apa yang aku boleh nampak.Tapi dia tak sekuat aku.

Walaupun dari kecil boleh nampak, dia tetap tak dapat terima. Sejak aku nampak budak yg kena culik haritu…ada berita pasal budak hilang. Mak dan ayah diaorang menangis memohon kepada pihak polis supaya mencari anak diorang. Aku tahu…budak tu lah yang kena culik. Dia nak beli getah rambut rupanya… malangnya takdir ketentuan tuhan. Aku faham perasaan mak dan ayah budak tu. Aku nk sangat jumpa diaorang dan mintak maaf. Sebab tengok jer anak dia kena amik. Aku minta maaf sangat, aku pun tak berdaya.

Sejak dari haritu aku dapat penyakit. Aku pun tak tahu penyakit apa. Apa yang aku tahu aku tak kisah.Aku…tak dapat bagi reaksi. Badan aku takder tindak balas.Aku pun rasa macam aku tk kisah. Sekarang aku penat. Penat sangat. Nak mengadu kat siapa .Ayah dan ibu aku dah takder. Aku anak tunggal. Kawan? Semua hilang. Diaorang ingat aku gila. Doktor pun sudah cuba rawat tapi… ketentuan Allah siapa boleh halang.        

Di situ jugak lah aku jumpa Mia. Dia meraung di laluan hospital. Aku tahu sebab aku pun nampak jgk. Tapi benda ni lain dari yang lain. Bukan yg biasa aku nampak. Semestinya dia terseksa. Aku cuba bawa Mia ke tempat duduk sebelum doktor datang. Aku cakap kat dia yang aku pun boleh nampak jugak. Terus dia berhenti menangis.

Dia pandang aku dengan mata berair. Pandangan yg sangat menyayat hati. Aku boleh nampak warna mata dia berwarna kelabu. Cantik.Cantik di lihat di luar. Tiba tiba dia terus peluk aku. Peluk aku erat.Aku boleh rasa badan dia sejuk.Dia kata “tolong saya”. Suara dia memang perlahan. Nasib baik baru habes korek telinga semalam.Suara macam tak makan sebulan. Aku pun balas”tolong saya jugak”

Perkongsian daripada Indah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asyik pengsan [Part1]

Rosari Ku Putus Lagi