in

3 Pokok

Sebelum saya cerita ni saya nak bagitau yg ini ialah kisah yg mak saya cerita pada saya tahun lepas(2019). Kisah ini berlaku semasa zaman mak saya Masih kanak2. Masa tu tempat yg Kami diami ini lain. Dlu katanye rumah Kami ni rumah kayu yg ade tiang tu. Jadi kisahnya begini. Dahulu di belakang rumah Kami Ada terdapat 3 batang pokok besar. Sebenarnye bukanlah btol2 di belakang rumah ade la macam jauh skit. Pokok yg pertama die belakang rumah jiran sebelah, pokok kedua die belakang rumah saya. Dan pokok ke tiga di belakang rumah jiran sebelah lagi satu so rumah saya di hadapan pokok yg tengah2.

Mak saya cerita pada saya pokok2 Tu popular time tu dan itu juga punca kanak2 pada zaman tu akan balik rumah waktu asar. Pukul 5.30 tu memang kosong la tk de bdak2 main kat luar sebab semua takut. Katanya lagi, pokok yg di sebelah kanan ialah emak, yg kat sebelah Kiri pula ialah ayah, yg ditengah2 pula anak. Mula2 time saya dengar cerita ni saya tk faham sangat APA yg mak saya cuba sampaikan ni tapi menurutnya lagi tiga2 Tu memang pokok yg paling berhantu di sini.

Kisah tentang pokok emak ni macam ni, pada waktu Malam org kampung yg duduk berhampiran memang tk berani nak keluar rumah lepas isyak kecuali mereka yg pergi ke masjid. Ini kerana bagi mereka yg lalu die jalan berhampiran akan diganggu dengan suara tangisan seorang perempuan. Kata emak pokok tu tinggi dan dahan2 pokok Tu tk padat, memang selesa kalau nak duduk bertenggek. Ada org kampung kata ade ternampak kelibat seorang perempuan yg duduk di dahan pokok itu sambil menangis teresak2. lepas Tu ade org kampung kata semasa die otw balik Dari masjid Dan lalu Di kawasan berhampiran pokok itu, die kata Ada nampak seorang wanita berbaju putih Dan rambut panjang sedang menangis sambil tutup mukanya. Yg lebih seram adalah wanita itu bukan bertenggek tapi sedang terapung. Saya yg tk hidup pada zaman Tu pun meremang bile dengar cite Tu.

Yg cerita tentang pokok bapa ni tk banyak sangat tpi ade la satu kisah ni. Masa Tu dlm waktu senja. Jiran saya bukak pintu blakang rumah. Bukak je pintu bole nampak pokok bapa Tu dalm 15m jauh Dari rumah. Pokok ni tk la tinggi macam yg emak tapi lebih rendang. Semasa jiran saya pergi ke belakang rumah nak Kasi makan kat ayam2 die, ttbe die nampak atuk saya sedang duduk bercangkung di bawah pokok tu. Jiran saya Tu memang bff dengan arwah atuk saya. Setiap pagi diorang akan minum kopi di warung depan rumah Kami di seberang jalan. Dekat je. Ok sambung cerita. Lepas Tu jiran saya tegur la atuk saya “bang Ibrahim ( bukan Nama sebenar) oi, buat ape Tu?”. Tiada sahutan.

Berkali2 panggil tapi tk dijawab. Saya yg dengar pon pelik sebab setahu saya arwah atuk friendly gile. Masa saya kecik2 dlu kalau die hantar saya mengaji mesti kalau ade member die kat situ diorang akan borak sampai lambat nak jemput saya yg dh habis kelas mengaji ni. Esok tu macam biasa la diorang akan jumpe minum kopi, then bile jiran saya tanya “senja semalam abang buat apa kat blakang rumah saya Tu bang?”. ” Belakang rumah kau? Eh mana Ada, senja semalam abg kat rumah la” mak saya yg teman atuk saya sarapan Tu pon Rasa pelik.tpi Tu je la kisah tentang pokok bapa ni.

Ok ini pula cerita tentang pokok si anak. Bagi saya ini la kisah yg bole tahan seram gak. Location pokok ni walaupun Di belakang rumah saya tpi saya bole kata yg pokok ni dlm kawasan hutan juga la, dan sekeliling pokok Tu Di penuhi semak samun. Kenapa kanak2 tk berani main selepas waktu asar adalah kerana pokok ini sebab roh si anak ni bak kata mak saya die sunyi Dan die nak cari kawan bermain. Kadang2 kalau ade bdak2 main lari2 pastu ada sorg Tu hilang, bdak tu akan dijumpai pengsan Di bawah pokok anak Tu.

Bukan Tu je, mak saya kata banyak Kali die kene kacau. Kalau die bukak pintu blakang rumah time maghrib nak amik wuduk akan terdengar suara bdak ketawa seperti sedang bermain lari2 dari kawasan pokok Tu. Lebih detail mak saya cerita die kata Ada sekali Tu die tidur dlm bilik die macam biasa. Seperti yg saya katakan tadi rumah time Tu rumah kayu yg Ada tiang kat bawah rumah. Biasa la kalau angin Malam tiup daun Kering lepas Tu daun Tu berselerak kat bawah rumah.

Sebelum sempat mak saya nak tidur tiba2 terdengar suara kanak2 perempuan sedang bermain lari2 sambil memijak daun kering die bawah rumah. Tapi yg hairannya ialah sebab kalau bunyi macam org pijak daun sambil lari2 mesti bunyi tu Dari jauh pastu dekat pastu jauh balik, Tapi ni tak. Memang bunyi Tu muncul2 dh Ada kat bawah katil yg mak saya tidur Tu. Ya allah saya yg dengar ni pon lemah semangat pulak Rasa. Macam mana la org dlu2 bole tahan bende ni.

Dlm 2 tahun lepas Tu tiga2 pokok org kampung tebang sekali dengan akar2 diorang cabut. Lepas Tu kawasan Tu diorang siram air yasin Dan pokok Tu diorang bakar. Sepas je Dari Tu dh tk de lagi dh kene kacau semua bende tu.

Sekian Dari saya terima kasih.

Perkongsian daripada Raziq.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Diekori

Gangguan Di Hotel Z, Putatan.